Announcement

Gesaan Maklum Balas Kaji Selidik ISO

Salam sejahtera firma-firma, Sebanyak 1,248 firma berdaftar dengan Depot Bekalan Armada yang masih aktif. Walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa Depot hanya menerima sebanyak 27 maklum balas daripada firma berkaitan Kaji Selidik Keperluan ISO kepada Firma yang Berdaftar dengan TLDM. Senarai Firma yang telah memberikan maklum balas adalah seperti yang disertakan. Ini menunjukkan sikap firma yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada depot. Dialog bersama pembekal dirancang akan diadakan pada 30 Mei 12. Keutamaan jemputan akan diberikan kepada firma yang memberikan maklum balas. Firma dikehendaki memajukan maklum balas tersebut ke emel fsd@navy.mil.my selewat-lewatnya pada 23 Mei 12. Terima kasih.

On 10-05-2012 12:53 PMMore…

Pendaftaran e-Commerce.com

Salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan, Untuk makluman, Depot Bekalan Armada ke arah pelaksanaan e-Perolehan sepenuhnya.  Sehubungan dengan itu, semua pembekal/firma diwajibkan untuk ep anabled iaitu mendaftar dengan unit e-Perolehan Commerce Dot Com bagi membolehkan pihak pembekal/firma untuk berurusan dengan depot.  Pendaftaran mesti dilakukan sebelum Hari Khamis iaitu 3 Mei 12.  Sila rujuk pautan http://www.uniteperolehan.gov.my/home.php untuk sebarang masalah.  Terima kasih.

On 30-04-2012 02:14 PMMore…